Walaupun sudah hampir sehari berlalu, namun masih terasa kemeriahan konsert ‘BORN PINK’ yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Selepas 5 tahun, akhirnya peminat Malaysia berjaya bertemu muka lagi bersama BLACKPINK dan menyaksikan sendiri persembahan live idola berkenaan.
Bukan sahaja lagu popular seperti “DDU DU DDU DU”, “Kill This Love”, “Hard To Love”, “Lovesick Girls” dan banyal lagi, setiap ahli kumpulan itu memastikan bahawa mereka bersembang dan berinteraksi di bawah pentas.
@kimchidaily_ Memang semua crazy over them tadi 😍🔥 #bornpinkinkl #blackpink #kpop #kenter #sembangentertainment #kimchidaily ♬ original sound – kimchidaily
Dihadiri lebih 65,000 orang, kemeriahan konsert itu bagaimanapun sedikit tercalar apabila ada berita kurang enak mengenai seorang artis Malaysia. Khabarnya, ramai peminat yang sedikit terasa apabila artis berkenaan dikatakan mendapat tiket percuma untuk memasuki konsert itu selain diberikan peluang untuk duduk di hadapan pentas dan mendengar sesi ‘soundcheck’.
Komen peminat BLACKPINK di Twitter,
Disebabkan tiket untuk konsert ‘BORN PINK’ ini sukar untuk diperolehi, rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa kerana masih ramai lagi BLINK yang benar-benar mahukan tiket berkenaan namun ada selebriti yang bukan peminat diutamakan.
Apa kata korang?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉