Utama Tempatan “Bergegar Weh” – Penduduk Bukit Jalil Tergamam Dengar Sorakan 80,000 Peminat Di...

“Bergegar Weh” – Penduduk Bukit Jalil Tergamam Dengar Sorakan 80,000 Peminat Di Konsert BLACKPINK

blackpink bukit jalil

Bagai menunggu bulan jatuh ke riba, akhirnya BLACKPINK kembali ke Malaysia bagi melaksanakan konsert jelajah dunia ‘BORN PINK’.

Semenjak ia diumumkan, rata-rata BLINK di Malaysia tidak membuang masa dan memastikan kesemua tiket terjual pada hari pertama jualan. Malah penganjur konsert berkenaan telah menambah beberapa seksyen baru bagi memenuhi permintaan peminat dan dikira, penonton yang hadir pada malam ini mencecah angka 80,000 orang.

Terkenal dengan perlawanan bola sepak dan konsert artis ternama seperti Jay Chou, siapa sangka tenaga BLACKPINK mampu melawan nama-nama besar itu semasa persembahan di Stadium Bukit Jalil.

Sudah beberapa jam berlangsung, rata-rata penduduk Bukit Jalil sempat berkongsi kemeriahan konsert ‘BORN PINK’ itu di media sosial. Kata mereka, sorakan peminat yang memenuhi stadium tersebut mampu dirasai sehingga ke bangunan rumah mereka.

Komen mereka,

Saya terdengar jeritan paling kuat sekali. Orang tengok bola pun tak sekuat itu. Kemain eh BLACKPINK.

Tambah yang lain,

Tengok bola dengan kapasiti penuh pun tak kuat macam tu.

 

Satu KL boleh dengar suara dorang agaknya.

Untunglah orang Bukit Jalil.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Loading...