Sebagai seorang idola, Jennie pastinya ingin sentiasa menjaga kesihatannya dengan bersenam untuk kekal ‘fit’ dan bertenaga.
Namun pada 3 Mac hari ini, Jennie BLACKPINK telah memuat naik satu hantaran di laman Weverse, memberitahu peminat bahawa dia mengalami kecederaan kecil di muka kerana jatuh ketika sedang melakukan senaman.
Tulis idola itu,
Blinks ❤️ (nama kelab peminat)
Saya menulis siaran ini sekiranya awak mungkin terkejut.
Semasa berehat, saya menjaga kesihatan dan makan dengan baik tetapi semasa saya bersenam, saya tersilap langkah dan terjatuh. Saya mendapat kecederaan kecil di muka. Saya mahu ia cepat sembuh supaya Blinks tidak risau tetapi ia masih dalam proses pemulihan. Jadi saya rasa saya akan mempunyai band-aid di muka saya untuk seketika. Walaupun saya nampak bodoh, harap faham 😊
Jelas penyanyi “SOLO” itu lagi,
Saya tahu saya perlu membuat persembahan yang baik dan saya minta maaf untuk ini, semua orang. Saya akan sembuh tidak lama lagi jadi jangan risau dan mari kita berjumpa tidak lama lagi.
Dalam pada itu, keempat-empat ahli BLACKPINK sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, Malaysia kini, untuk konsert jelajah dunia “BORN PINK” di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 Mac.
Semoga cepat sembuh Jennie!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉