Ikuti Kami:

Mark Tuan Bakal Lancar Album Solo Pertama Hujung Ogos Ini

Mark Tuan Bakal Lancar Album Solo Pertama Hujung Ogos Ini

Fuh akhirnya! Mark Tuan bakal lancar album solo pertamanya. Omoo tak sabar!

Selepas GOT7 membawa haluan sendiri setelah menamatkan kerjasama bersama JYP Entertainment, semua ahli nampaknya kelihatan agak sibuk dengan jadual masing-masing. Tidak terlepas juga, Mark yang pulang semula ke California dan menandatangani kerjasama dengan agensi sukan, Creative Artists Agency (CCA) serta American Talent.

Sebelum ini, berita comeback GOT7 sudahpun berjaya menggembirakan peminat namun masih ramai yang tertanya-tanya bilakah Mark dan Jin-young bakal debut secara solo? Hal ini kerana, ahli-ahli lain sudah mengeluarkan album solo mereka, malah masih banyak projek solo yang akan datang.

Akhirnya penantian peminat terjawab apabila Mark baru-baru ini memuat naik khabar gembira melalui akaun rasmi Twitternya sendiri, bahawa album solonya akan dilancarkan tidak lama lagi.

Melalui akaun Instagram Mark juga, dia telah memuat naik teaser bagi tajuk serta konsep album yang akan dilancarkan. Disebabkan oleh popularitinya yang kini kian melonjak bukan sahaja di Asia malah di negara Eropah, menjadikan peminat demand untuk Mark mengadakan konsert secara solo.

Permintaan itu dilihat mempunyai peluang yang agak cerah apabila Mark telah memberi hint sewaktu sesi temu bualnya bersama FLAUNT Magazine.

Saya sebenarnya teruja untuk menyanyikan lagu-lagu ini secara langsung. Saya juga harap ianya memberikan tenaga yang berlainan apabila kami melakukan ‘tour’ sebagai GOT7. Saya rasa bila membuat persembahan secara berkumpulan, pentas agak padat dan peminat sukar untuk fokus kepada semua benda sekaligus. Jadi saya harap, dengan ‘tour’ saya sendiri, ianya akan lebih mesra dan dekat dengan peminat. 

mark tuanWah, seronokla kan korang? Akhirnya Mark Tuan nak buat ‘tour’ dia sendiri. Jadi buat peminat Mark, jangan terlepas dengar album solo “The Other Side” pada 26 Ogos akan datang okay!

Tahniah Mark Tuan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...