Ikuti Kami:

GOT7 Dilapor Bakal Buat Comeback Mei Ini!

GOT7 Dilapor Bakal Buat Comeback Mei Ini!

Semakin hangat dunia industri muzik K-pop sekarang! Makin banyak penyanyi dan juga kumpulan-kumpulan idol yang akan membuat comeback dan GOT7 juga antara kumpulan yang bakal kembali semula Mei ini!

GOT7 yang sudah debut sejak 16 Januari 2014 dan setelah meninggalkan agensi terdahulu, JYP Entertainment, mereka kini sedang bernaung di bawah Warner Music Korea. GOT7 merupakan kumpulan yang terdiri daripada 7 lelaki iaitu Jay B, Mark, Jackson, Jin-young, Young-jae, BamBam dan Yu-gyeom.

Terdahulu, setelah mereka meninggalkan JYP Entertainment, mereka masing-masing telah membuat haluan sendiri dengan melancarkan promosi secara solo dengan berlainan agensi. JAY B telah menyertai H1GHR MUSIC, Jin-young pula dengan BH Entertainment, Jackson dan Young-jae menyertai Sublime Artist Agency, BamBam juga bergerak bersama Abyss Company, Yu-gyeom bersama AOMG, dan Mark Tuan sertai Creative Artists Agency (CAA).

got7

Terbaru, menurut sumber, GOT7 yang sangat digilai ramai itu kini sedang membuat persiapan pentas secara menyeluruh dan kini sudahpun berada di peringkat akhir. Di samping itu, produksi untuk muzik mereka juga khabarnya sudah hampir selesai. Para peminat juga makin teruja apabila BamBam memuat naik status, “7” di akaun rasmi Twitternya yang dilihat memberi maksud sebagai mereka bertujuh sebagai kumpulan.

Disebabkan oleh perbezaan agensi dan melakukan promosi secara solo, GOT7 sering dikaitkan dengan khabar angin mengenai pembubaran kumpulan mereka namun mereka menafikan perkara itu. Walaupun sering bergerak solo, namun mereka masing-masing masih mengekalkan nama kumpulan GOT7 dan kini mereka akan kembali secara berkumpulan setelah sekian lama.

Para peminat GOT7 pastinya amat menantikan comeback ini jika dilihat berdasarkan sokongan yang diberikan terhadap segala aktiviti mereka sebelum ini. Jadi, buat para peminat I GOT7 ataupun ‘Ahgase’, tanda kalendar anda untuk tunggu comeback mereka Mei ini okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...