Berita gembira buat peminat GOT7!
Pada 28 Mac, Vlending iaitu syarikat penerbitan OST buat drama “Crazy Love”, telah mengumumkan bahawa Jay B GOT7 akan menjadi penyanyi seterusnya yang akan menyanyikan runut bunyi buat siri tersebut.
OST nyanyian Jay B berjudul “Dive Into You” dilaporkan akan mempunyai emosi yang sedikit berbeza daripada lagu-lagu yang dikeluarkan setakat ini.
Sementara itu, “Crazy Love” ialah drama yang membawa kisah seorang lelaki yang berpura-pura hilang ingatan, apabila diberitahu dia akan dibunuh dan seorang wanita yang berlakon menjadi tunangnya, dibintangi oleh Kim Jae-wook dan Krystal.
Jangan lupa dengarkan “Dive Into You” nyanyian Jay B, akan dikeluarkan di pelbagai platform muzik pada 29 Mac ini jam 5 petang!