Ikuti Kami:

“Mari Senyum” – Ditemui Mati Di Rumah, Entri IG Jung Chaeyul Sebelum Kematian Tular

“Mari Senyum” – Ditemui Mati Di Rumah, Entri IG Jung Chaeyul Sebelum Kematian Tular

Kematian bukanlah sesuatu yang boleh dijangka, sama seperti kematian pelakon baru bernama Jung Chae-yul yang nyata mengejutkan semua orang.

Pada hari ini, agensi wanita itu mengesahkan berita mengejutkan itu dan mendedahkan bahawa pengebumian akan berlangsung secara tertutup atas permintaan keluarga mendiang.

Dilaporkan bahawa Jung Chae-yul sedang sibuk dengan penggambaran drama “Wedding Impossible” sehingga sebelum kematiannya. Bahkan wanita berusia 26 tahun itu sempat memuat naik video di Instagram sehari sebelum kejadian dengan kapsyen,

Mari senyum.

jung chaeyul

Membaca kata-kata positif itu, ramai yang meninggalkan komen kekecewaan dan ucapan takziah di entri berkenaan.

Respon agensinya,

Tolong doakan roh mendiang, Chae-yul yang sentiasa ikhlas berlakon dapat berehat dengan tenang di tempat yang lebih baik kini.

Dalam pada itu, Jung Chae-yul merupakan bekas model dan pernah muncul dalam draam “Zombie Detective” dan filem “Deep”. Bakal menjadi drama keduanya, pihak “Wedding Impossible mengesahkan bahawa mereka sudah pun menunda penggambaran dan sedang dalam perbincangan mengenai susunan jadual dan rakaman drama itu.

Salam takziah.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...