Hari ini dunia Korea disajikan lagi dengan satu cerita sedih yang tidak disangka.

Terbaru, seorang pelakon bernama Jung Chae-yul ditemui mati di kediamannya pada hari ini.
Lebih mengejutkan kerana wanita itu dilaporkan sedang sibuk menjalani penggambaran drama “Wedding Impossible”. Bahkan pihak produksi termasuk pelakon dan pengarah tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut selepas mendapat berita itu.
Dalam pada itu, Jung Chae-yul merupakan bekas model dan pernah muncul dalam draam “Zombie Detective” dan filem “Deep”.
Khabarnya pengebumian mendiang akan dijalankan secara tertutup mengikut permintaan keluarga. Komen agensinya,
Tolong doakan roh mendiang, Chae-yul yang sentiasa ikhlas berlakon dapat berehat dengan tenang di tempat yang lebih baik kini.
Sedihnya..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉