Ikuti Kami:

“Mana Ji Sukjin?” – Ada Yoo Jaesuk & Kim Jongkook, Calon Daesang ‘SBS Entertainment Awards’ Dikritik

“Mana Ji Sukjin?” – Ada Yoo Jaesuk & Kim Jongkook, Calon Daesang ‘SBS Entertainment Awards’ Dikritik

Semakin menghampiri hujung tahun, semakin banyak siaran anugerah penting yang disiarkan di pelbagai saluran awam.

Antara anugerah yang dinantikan ramai ialah “SBS Entertainment Awards” di mana pelbagai rancangan hiburan dan penghibur menunjukkan prestasi hebat tahun ini di bawah saluran tersebut.

Kelmarin, SBS telah mengumumkan pencalonan untuk kategori Daesang (Anugerah Utama). Walau bagaimanapun, senarai itu menerima respon negatif dari penonton. Kenapa?

Dalam nama yang tersenarai ialah Yoo Jae-suk, Jeon Hyun-moo, Shin Dong-yup, Lee Sang-min, Seo Jang-hoon, Lee Hyun-i dan Kim Jong-kook, ramai yang tercari-cari di manakah nama Ji Suk-jin.

Meskipun ramai berharap lelaki itu dicalonkan untuk tahun ini selepas turut tidak tercalon pada tahun lalu, ramai yang meluahkan rasa kecewa apabila melihat dia terus dikecualikan meskipun merupakan maskot penting dalam “Running Man”.

Bahkan Yoo Jae-suk dan Yang Se-chan sebelum ini bertegas agar SBS memberikan penganugerahan tersebut kerana Ji Suk-jin layak mendapatkannya, namun sepertinya ia masih tidak berhasil.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...