Ji Ye-eun berkongsi perasaannya menjadi ahli tetap dalam “Running Man”.
Dalam episod terbaru “Running Man”, kesemua ahli telah berkumpul untuk parti akhir tahun.
Mereka kemudian mengimbau kenangan ketikan Ji Ye-eun pertama kali menyertai mereka sebagai ahli sewaan. Kemudian para ahli meminta para ahli berkongsi perasaan setelah menjadi ahli tetap kini,
Saya akhirnya dapat menyertai program yang bertahan lama ini. Bila orang tanya saya program mana saya ingin sertai, saya selalu jawab ‘Running Man’.
Namun, dengan sedikit rasa ragu, dia menambah dan berseloroh,
Tapi kenapa tak ada satu pun artikel mengenainya? Mungkin sebab saya tak terkenal.
Sebagai tambahan, “Running Man” sebelum ini menampilkan sistem ahli sementara selepas Jeon So-min keluar, dengan Ji Ye-eun dan Kang Hoon mengisi kekosongan. Ji Ye-eun menarik perhatian penonton sebagai ‘adik bongsu’ dalam rancangan itu, termasuk ‘love line’ bersama Kang Hoon.
Walaupun terdapat kritikan dari segelintir peminat antarabangsa yang lebih menyukai ahli asal, ramai penonton tempatan dan peminat “Running Man” memuji prestasi Ji Ye-eun dan memberikan sokongan kepadanya. Kini, sebagai ahli tetap yang sah, wanita tersebut dijangka memberikan lebih banyak impak di masa akan datang.
Tahniah Ji Ye-eun!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.