Ikuti Kami:

“Mana Boleh Saya Berjaya Setiap Masa” – Hani Komen Pencapaian Rendah ‘IDOL: The Coup’

“Mana Boleh Saya Berjaya Setiap Masa” – Hani Komen Pencapaian Rendah ‘IDOL: The Coup’

Selepas 12 episod bersiaran, akhirnya drama “IDOL: The Coup” menamatkan siarannya kelmarin.

Umum mengetahui bahawa naskhah berkenaan hanya mampu meraih rating bawah 1% sepanjang tayangannya.

Mungkin disebabkan oleh prestasinya yang agak kurang memberangsangkan, Hani EXID dilihat meluahkan perasaannya menerusi sebuah entri di Instagram,

Agak sukar untuk membezakan antara kejayaan dan kegagalan dalam dunia sebenar. Salah satu ayat kegemaran saya ialah ‘Kehidupan bukanlah perlumbaan, tapi pertambahan antara momen’. Mana boleh saya menang dan berjaya sepanjang masa? Saya boleh berjaya separuh dan gagal separuh. Kalau pun separuh dari kegagalan saya adalah buruk pada kayu ukur dunia, saya berasa okay kerana ianya tetap bermakna buat saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 하니 (@ahnanihh)

Tambahnya lagi,

Bolehkan saya menghargai momen yang dunia gelarkan sebagai kegagalan ini dengan perkataan lain? Sama ada keghairahan, memori, proses, pembelajaran atau belia, bukankah saya akan lakukan yang terbaik setiap kali supaya berbangga dengan momen ini?

Apa pun, Hani dah lakukan yang terbaik kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...