Ikuti Kami:

Ending Realistik, Rating ‘IDOL: The Coup’ Kekal 0% Hingga Penamat

Ending Realistik, Rating ‘IDOL: The Coup’ Kekal 0% Hingga Penamat

Banyak juga yang menamatkan tayangan minggu ini kan? Salah satunya ialah drama “IDOL: The Coup”.

Sinopsis

Drama ini membawa kisah sekumpulan idola yang gagal menggapai populariti dan terbeban untuk melepaskan impian yang sukar dicapai itu.

Ending realistik

[Amaran SPOILER]

Meskipun menerima sokongan ramai menerusi projek terakhir mereka, Cotton Candy gagal untuk merebut tempat pertama di ramcangan muzik. Tidak mempunyai sebarang kemahuan lagi, kumpulan itu memilih untuk bubar selepas 6 tahun mencuba selain setiap dari mereka yang mahu mengejar impian masing-masing.

Pun begitu, mereka dilihat masih lagi mengekalkan hubungan yang baik. Malah setiap daripada ahlinya membawa jalan hidup masing-masing iaiatu Je-na sebagai produser muzik, Stella sebagai pelakon, L sebagai pelatih vokal, Chae-a sebagai pelajar kolej dan Ji-hyeon sebagai pereka tari.

jtbc idol: the coup

Meskipun berakhir realistik, namun “IDOL: The Coup” berjaya memaparkan rintangan yang dialami idola dalam mengecapi impian mereka di mana tak semua yang bergelar idola bakal menempa kejayaan.

Rating kekal bawah 1%

Dalam pada itu, “IDOL: The Coup” gagal mengubah nasibnya hingga ke penamat apabila rating episod akhir kekal di bawah lingkungan 1% iaitu 0.5%. Lantas ia merupakan antara drama yang meraih rating rendah bagi tahun 2021 ini.

Bagaimana pendapat anda mengenai drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...