Berita gembira buat semua peminat MAMAMOO di Malaysia!
Pada 12 November, penganjur Trumpet International telah melancarkan satu poster mengumumkan bahawa akan ada artis yang bakal mengadakan konsert di Malaysia, pada Februari 2023 nanti.
Meskipun penganjur belum secara rasmi mengumumkan bahawa MAMAMOO adalah kumpulan yang dimaksudkan namun, peminat secara mudah dapat meneka bahawa gambar tersebut diambil dari poster konsert jelajah dunia kumpulan yang pernah dikongsi sebelum ini.
https://twitter.com/msiakpopfans/status/1591339152683171840?s=20&t=egr2lEKoa8QpOk8SgBv3bw
Menurut entri yang dikongsi, kumpulan empat ahli itu akan menemui peminat di Malaysia pada 11 Februari 2023.
Nantikan segala butiran dan maklumat lanjut mengenai konsert jelajah dunia MAMAMO di SINI!