Ikuti Kami:

Bermula Di Seoul, MAMAMOO Umum Konsert Jelajah Dunia ‘MY CON’ Pada November Ini

Bermula Di Seoul, MAMAMOO Umum Konsert Jelajah Dunia ‘MY CON’ Pada November Ini

Siap sedia semua kerana MAMAMOO berkemungkinan akan mengadakan konsert di Malaysia!

Terbaru, MAMAMOO mengumumkan konsert jelajah dunia mereka yang telah lama ditunggu-tunggu yang diberi nama “MY CON”.

Untuk pengetahuan, konsert jelajah dunia MAMAMOO “MY CON” akan bermula dengan tiga pertunjukan di Seoul dari 18 hingga 20 November ini, dan bakal diadakan di Dewan Olimpik Taman Olimpik.

Apa yang membuatkan peminat lebih teruja, ini merupakan konsert jelajah dunia pertama MAMAMOO selepas 8 tahun mereka debut.

Dalam pada itu, MAMAMOO baru sahaja membuat kemunculan semula mereka dengan album mini “MIC ON” dan judul lagu “ILLELLA”. Jom dengarkan di bawah!

Datang Malaysia juga please..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...