Filem “Remember” yang dibintangi oleh Nam Joo-hyuk bersama Lee Sung-min bakal bermula dengan sesi pra-jualan di 115 negara. Wow!

Sebelum ini kami kongsikan kepada anda mengenai projek terbaru Nam Joo-hyuk dalam filem “Remember” di samping pelakon veteran, Lee Sung-min.
Terbaru, ACEMAKER MOVIEWORKS mengumumkan bahawa filem aksi ini akan ditayangkan di 115 negara termasuk, Amerika Utara, Perancis, Rusia, India, Hong Kong, Vietnam, Malaysia, Taiwan dan Singapura. 815 Pictures, produksi yang menghasilkan filem seperti The Roundup dan King Maker di Amerika Utara, berkongsi,
Kami percaya bahawa filem aksi ini bakal membawa sejarah Korea dalam pembawaan cerita ini. Walaupun watak utama adalah seorang lelaki tua, kami pasti penonton dari negara luar juga mampu mengaitkan jalan cerita ini dalam menyelesaikan dendam mereka.
Moviecloud turut berkata,
Kami sangat teruja untuk menunjukkan hasil filem ini kepada penonton di Taiwan. Ia adalah filem unsur yang lebih bijak dan lebih menghiburkan dalam setiap cara.
Nantikan tayangan “Remember” pada 26 Oktober ini okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.