Ikuti Kami:

“Malang..” – Produksi 3 Drama Alami Kegagalan, Peminat Kasihan Lihat Karier Lakonan Jaehyun NCT

“Malang..” – Produksi 3 Drama Alami Kegagalan, Peminat Kasihan Lihat Karier Lakonan Jaehyun NCT

Bukan mudah nak jadi pelakon sebenarnya, kadang kala ada sahaja halangan yang tak dijangka.

Terbaru, media melaporkan bahawa drama “I Believe You” menghentikan penggambaran pada Jun lalu akibat masalah penggambaran meskipun sudah pun selesai berlangsung di peringkat pra-produksi.

Drama ini adalah komedi hitam yang berkisar tentang pertumbuhan golongan lemah melawan yang kuat dan diterajui oleh beberapa pelakon lain seperti Lee Chae-min, Kim Sun-young, Park Sung-woong dan Jaehyun NCT.

Hal ini nyata menimbulkan rasa kasihan peminat Jaehyun memandangkan ini merupakan produksi drama ketiga lakonannya yang mengalami isu tak dijangka.

jaehyun nct

Drama pertama ialah “Dear. M” di mana naskhah itu tidak bersiaran di KBS selepas kes buli melibatkan teraju utamanya Park Hye-su. Kemudian, drama “Bungee Jump” turut membatalkan produksi kerana terdapat kerisauan yang dibangkitkan oleh penulis.

Komen peminat, “Dia memang tak ada tuah”, “Teruk sangat karier lakonan Jaehyun”, “Dah berapa kali dah ni Jaehyun” dan banyak luahan kekecewaan lagi.

Kesian Jaehyun..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...