Makin Teruja, Lee Seyoung & Lee Seunggi Dilihat Jalani Penggambaran ‘Love By Law’
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Mesti ramai yang teruja untuk saksikan gandingan antara Lee Seung-gi dan Lee Se-young, dalam drama “Love by Law”, kan?
Bagi yang belum tahu, “Love by Law” ialah drama percintaan undang-undang yang menggambarkan kisah Kim Jung-ho (Lee Seung-gi), bekas pendakwa raya yang kini menjadi pemilik bangunan, dan Kim Yu-ri (Lee Se-young), seorang peguam dengan personaliti 4-D. Cerita ini akan memberi tumpuan kepada peristiwa yang mengelilingi firma guaman yang juga beroperasi sebagai kafe.
Beberapa hari lepas, gambar dan video kedua pelakon itu yang sedang menjalani penggambaran drama ini, telah tersebar di media sosial.
Dengan Korea Selatan yang sedang berada dalam musim bunga kini, Lee Seung-gi dan Lee Se-young dilihat menjalani penggambaran berlatar belakangkan suasana pokok bunga sakura yang amat cantik, menambah keterujaan penonton untuk menunggu keluaran drama ini.
Sabar tau semua, “Love by Law” telah disahkan bakal menemui penonton pada 29 Ogos tahun ini.
Sama-sama kita nantikan!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.





