Utama Drama Korea Lee Seunggi & Lee Seyoung Sah Terajui Drama Adaptasi Webtoon ‘Love By...

Lee Seunggi & Lee Seyoung Sah Terajui Drama Adaptasi Webtoon ‘Love By Law’

lee seunggi lee seyoung

Siap sedia untuk saksikan gandingan antara Lee Seung-gi dan Lee Se-young!

Pada 7 April, KBS telah mengesahkan Lee Seung-gi dan Lee Se-young sebagai bintang utama drama “Love by Law”, yang merupakan adaptasi dari webtoon dengan nama yang sama.

Untuk pengetahuan, “Love by Law” ialah drama percintaan undang-undang yang menggambarkan kisah Kim Jung-ho, bekas pendakwa raya yang kini menjadi pemilik bangunan, dan Kim Yu-ri, seorang peguam dengan personaliti 4-D. Cerita ini akan memberi tumpuan kepada peristiwa yang mengelilingi firma guaman yang juga beroperasi sebagai kafe. Selain itu, ini juga merupakan kali kedua Lee Seung-gi dan Lee Se-young bekerjasama selepas “A Korean Odyssey”.

Lee Seung-gi akan memainkan watak Kim Jung-ho, bekas pendakwa raya dan pemilik bangunan semasa yang dahulunya dikenali sebagai ‘genius raksasa’. Kim Jung-ho digambarkan sebagai watak yang berkarisma tetapi murni, menimbulkan rasa ingin tahu tentang bagaimana Lee Seung-gi akan membawakan watak ini. Manakala Lee Se-young akan membawakan watak Kim Yu-ri, seorang peguam yang mempunyai rupa paras cantik tetapi tidak teragak-agak untuk menunjukkan personalitinya yang berapi-api apabila menyaksikan ketidakadilan.

kbs love according to law

Tambahan, “Love by Law” juga telah disahkan bakal menemui penonton pada 29 Ogos tahun ini.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsen
Loading...