Park Eun-bin terbukti merupakan pelakon kegemaran ramai sekarang!
Untuk pengetahuan pada 12 Ogos semalam, tiket perjumpaan peminat Park Eun-bin telah mula dijual. Sebaik sahaja kaunter tempahan dibuka, kesemua tiket telah dijual serta-merta dan semua tempat duduk habis dijual dengan cepat.
Pertemuan peminat solo pertama Park Eun-bin ‘2022 Park Eun Bin 1st FAN MEETING <Eunbin Note: Bin Kan>’ akan diadakan pada 3 September ini jam 4 petang di Auditorium Kampus Hijau Universiti Wanita Sungshin Unjeong, Seoul.
Khususnya, ia dijangka akan menjadi masa yang istimewa untuk Park Eun-bin, kerana ia adalah pertemuan peminat pertama selepas 27 tahun sejak debutnya.
https://twitter.com/NAMOOACTORS2004/status/1557641228573097984
Bagaimanapun, peminat yang gagal mendapatkan tiket tidak dapat sembunyikan rasa sedih mereka, dengan berharap agar Park Eun-bin akan melakukan perjumpaan bersama peminat di tempat yang lebih besar.
Fuh hebat Park Eun-bin!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.