Ikuti Kami:

Dah 27 Tahun Debut, Park Eunbin Bakal Buat Perjumpaan Peminat September Ini

Dah 27 Tahun Debut, Park Eunbin Bakal Buat Perjumpaan Peminat September Ini

Siapa sangka, tuah Park Eun-bin terletak pada drama “Extraordinary Attorney Woo”.

Terbaru pada 8 Ogos, Namoo Actors telah mengumumkan bahawa Park Eun-bin akan mengadakan acara perjumpaan peminat solo pertamanya, selepas 27 tahun debut sebagai pelakon. Menurut agensi,

Park Eun-bin akan mengadakan pertemuan peminat solo buat kali pertama sejak debutnya dan bertemu peminatnya. Walaupun dalam jadual yang padat, dia meletakkan sepenuh hati untuk mengatur dan merancang pelbagai sudut untuk peminat yang sudah lama menunggu untuk bertemu. Saya harap anda bergembira bersama dan peminatnya.

Pertemuan peminat solo pertama Park Eun-bin ‘2022 Park Eun Bin 1st FAN MEETING <Eunbin Note: Bin Kan>’ akan diadakan pada 3 September ini jam 4 petang di Auditorium Kampus Hijau Universiti Wanita Sungshin Unjeong, Seoul.

Untuk pengetahun, pada 2016 sebelum ini Park Eun-bin pernah menyatakan impiannya untuk mengadakan acara perjumpaan peminat dengan berkata,

Saya tidak pernah mengadakan pertemuan peminat sebelum ini. Saya pasti mahu bertemu peminat saya secara peribadi.

Nampaknya selepas enam tahun, impian Park Eun-bin akan menjadi kenyataan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...