Ikuti Kami:

Makin Popular Kini, Park Eunbin Dilapor Minta Bayaran Lebih RM1 Juta Untuk Setiap Episod Drama Barunya?

Makin Popular Kini, Park Eunbin Dilapor Minta Bayaran Lebih RM1 Juta Untuk Setiap Episod Drama Barunya?

Merupakan antara pelakon popular kini, bayaran lakonan Park Eun-bin telah mengejutkan ramai orang.

Pada 29 Januari, media melaporkan bahawa Park Eun-bin telah meminta bayaran antara 250 hingga 300 juta won (RM885,144 – RM1,062,173) setiap episod, untuk drama barunya iaitu “Hyper Knife”.

Selepas topik itu menjadi topik hangat antara netizen, agensi pelakon wanita memberi respon ringkas,

Ia tidak benar.

Selain itu, syarikat penerbitan drama itu juga turut menjelaskan,

Kami mendapat laporan bahawa bayaran lakonan Park Eun-bin adalah 300 juta won setiap episod tetapi ini tidak benar. Ia adalah cerita yang sama sekali berbeza.

park eunbin

Jelas mereka lagi,

Memang kami sedang berbincang dengan pelakon Park Eun-bin semasa kami membuat persiapan untuk projek ini tapi kami belum menandatangani kontrak dan hanya bertemu sekali atau dua kali untuk perbincangan positif. Mengenai bayaran masih belum dibincangkan lagi secara terperinci lagi.

Sementara itu, Park Eun-bin masih dalam perbincangan secara positif untuk terajui “Hyper Knife”, sebuah drama thriller jenayah perubatan yang membawa kisah tentang seorang doktor serta dalam masa sama, dia merupakan seorang pembunuh.

Nantikan info lanjut!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily  untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...