Ikuti Kami:

Bawa Watak Doktor Psikopat, Park Eunbin Dilamar Terajui Drama ‘Hyper Knife’

Bawa Watak Doktor Psikopat, Park Eunbin Dilamar Terajui Drama ‘Hyper Knife’

Wah, ada drama baru lagi!

Agensi pelakon wanita Korea ini menyatakan bahawa Park Eun-bin telah menerima tawaran untuk membintangi sebuah K-Drama bertajuk “Hyper Knife”. Tambah mereka, Park Eun-bin masih lagi meneliti peluang keemasan itu.

Untuk pengetahuan, “Hyper Knife” ialah drama thriller jenayah perubatan yang memberi kisah tentang seorang doktor serta dalam masa sama, dia merupakan seorang pembunuh. Park Eun-bin akan diberi watak Jeong Se-ok, seorang doktor yang berdedikasi untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Bagaimanapun, hidupnya berubah tragis apabila dituduh cuba membunuh mentornya, Profesor Choi Deok-hee.

Ini merupakan drama perubatan pertama Park Eun-bin sejak debut dalam dunia lakonan. Selain itu, Park Eun-bin mengatakan ini juga kali pertama selepas 28 tahun dia memegang pisau.

park eun bin dan sol kyung gu hyper knife

Tambahan, pelakon yang dihormati ramai, Sol Kyung-gu juga telah menerima tawaran dan kini sedang mempertimbangkan peranan Profesor Choi Deok-hee dalam drama yang sama.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...