Yoona Girls’ Generation khabarnya meraih keuntungan besar dalam bidang hartanah!
Menurut wakil dalm industri hartanah, nilai bersih YoonA telah meningkat sebanyak $11 juta USD (RM51.4 juta), kebanyakannya disebabkan oleh sebuah bangunan di Cheongdam-dong, Gangnam-gu, Seoul yang dibelinya dengan harga 10 bilion won (RM1.2 juta) pada Oktober 2018.
Bangunan berhampiran Dosan-daero itu telah siap dibina pada tahun 2014, dan mempunyai 2 tingkat bawah tanah dan 4 tingkat di atas tanah. YoonA dikatakan telah membeli bangunan itu dengan harga 10 bilion won (RM1.2 juta).
Menurut sumber hartanah, dia dikatakan telah melabur sekitar 4 bilion won (RM13.5 juta), tidak termasuk pinjaman. Dia kemudian dilaporkan menjual bangunan itu pada Jun 2023 pada harga pasaran sebanyak 24.3 bilion won (RM82.6 juta).
Seorang orang dalam hartanah mendedahkan bahawa nilai pasaran sebenar bangunan YoonA adalah sekitar 25 bilion won (RM83.3 juta).
Wow!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.