Selepas “Eve”, pasti ramai yang menantikan drama baru dari Seo Ye-ji kan?

Baru-baru ini, Seo Ye-ji telah menghadiri majlis perkahwinan rakan baiknya, yang merupakan pengantin perempuan.
Dalam satu video yang tular, wanita itu memberikan ucapan perkahwinan buat sahabatnya itu, menarik perhatian orang ramai kerana ini merupakan penampilan umum pertamanya selepas sekian lama.
It’s really yeaji!!! Talking and moving yeaji i missed you pic.twitter.com/hGccjr49dd
— ❀ (@womaaniist) March 24, 2024
Menerusi media sosial, netizen rata-rata memuji kecantikan Seo Ye-ji dan meluahkan rasa rindu padanya.
Antara komen yang ditulis,
Dia nampak sangat menawan!
Ahhh makin cantik.
Syukur dia nampak sihat dan gembira.
Rinduuu. Cepatlah berlakon drama lagi.
Dia nampak lebih berisi tapi pinggang dia tetap ramping!
Rindunya Seo Ye-ji!