Ikuti Kami:

“Rindu Lisa Yang Lama..” – Lebih Seksi & Kebaratan Kini, Media Ulas Transformasi Lisa BP Sejak Debut

“Rindu Lisa Yang Lama..” – Lebih Seksi & Kebaratan Kini, Media Ulas Transformasi Lisa BP Sejak Debut

Bukan mudah kan untuk semua orang menerima diri kita yang sebenar..

Begitu juga dengan Lisa BLACKPINK, yang telah menerima pelbagai kritikan sejak kebelakangan ini.

Untuk pengetahuan, Lisa sudah pun memasuki tahun ketujuh debutnya dalam industri hiburan Korea sebagai ahli BLACKPINK.

Bagaimanapun, ada yang mendakwa bahawa imejnya agak ‘rosak’ kini dek khabar angin bercinta dengan lelaki kaya, membuat persembahan ‘panas’ di Crazy Horse dan sebagainya.

Khususnya, ada sesetengah peminat yang meluahkan kebimbangan mereka apabila wanita itu bersetuju untuk menyertai persembahan karbaret tersebut, yang dipercayai tidak jauh berbeza seperti ‘Kelab Strip’. Namun, Lisa sepertinya tidak endahkan komen orang ramai malahan, amat teruja sekiranya diberi peluang sekali lagi untuk tampil di acara itu.

lisa blackpink

Meskipun setia memberikan sokongan tetapi ada juga beberapa peminat akui bahawa mereka rindukan Lisa yang ‘lama’ iaitu sebelum BLACKPINK popular di peringkat global, dengan imejnya yang innocent dan comel.

Ada yang membuat spekulasi bahawa dia tidak lagi mengambil berat tentang imejnya di Korea kerana sedang seronok menikmati populariti global.

Hmm, apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...