Daniel Henney telah meluahkan rasa cinta terhadap isterinya.
Dalam temu bual terbarunya, Daniel Henney telah mendedahkan 9 perkara yang mempunyai tempat di dalam hatinya.
Selain daripada anjing peliharaannya, Daniel Henney turut memilih isterinya, Ru Kumagai.
Katanya,
Isteri saya sentiasa berada dalam fikiran saya. Sejujurnya, saya tak rasa yang saya boleh hidup tanpa dia. Dia juga sentiasa ada bersama saya walaupun saya mempunyai jadual di luar negara.
Tambahnya,
Isteri saya seorang wanita yang sangat hebat.
Terlebih dahulu, Daniel Henney telah menamatkan zaman bujangnya bersama Ru Kumagai yang berumur 13 tahun lebih muda darinya pada Oktober 2023.
Pasangan itu mula berkenalan selepas pelakon itu terserempak dengan Ru Kumagai di restoran tempat wanita itu bekerja.
Alalala romantiknya pengantin baru ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.