Nampaknya, penonton berkemungkinan akan dapat lihat Jo In-sung bergandingan dengan Hwang Jung-min dalam filem baru.

Terbaru, Jo In-sung dilapor akan membintangi filem sci-fi “Hope”, yang diarahkan oleh Na Hong-jin yang sebelum ini pernah mengarah “The Yellow Sea” dan “The Wailing”.
Tidak lama kemudian, agensi pelakon itu memberi respon,
‘Hope’ adalah salah satu karya yang Jo In-sung sedak semak untuk muncul atau tidak.
Sebelum ini, Hwang Jung-min juga sedang mempertimbangkan tawaran untuk membintangi dalam filem yang sama.
Dalam pada itu, “Hope” ialah filem fiksyen sains mengisahkan tentang apa yang berlaku apabila makhluk asing melawat kampung di luar bandar.
Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai filem ini!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉