Kisah Aksi Sejarah, Jung Sungil Dilamar Sertai Kang Dongwon Dalam Filem Netflix ‘Jeon, Ran’
- oleh Fareen
- 3 tahuns lalu
Selepas “The Glory”, Jung Sung-il nampaknya semakin sibuk dengan pelbagai aktiviti kini.
Artikel Berkaitan
Terbaru, Jung Sung-il dilaporkan akan membintangi filem Netflix baru berjudul “Jeon, Ran”. Tidak lama kemudian, agensi pelakon itu memberi respon,
Jung Sung-il menerima tawaran untuk muncul dalam filem ‘Jeon, Ran’ dan sedang menyemaknya secara positif.
Sebelum ini, Kang Dong-won dan Park Jung-min turut ditawar untuk membintangi filem yang sama dan juga masih dalam perbincangan.

Untuk pengetahuan, “Jeon, Ran” ialah filem aksi sejarah yang berlatarkan semasa pencerobohan Jepun ke atas Korea pada tahun 1952. Ianya akan diterbitkan oleh penerbit Park Chan-wook dan pengarah Kim Sang-man.
Dalam pada itu, Jung Sung-il akan menemui penonton dalam bahagian 2 “The Glory” pada 10 Mac ini, dengan wataknya sebagai Ha Do-young.
Fuh makin sibuk Jung Sung-il sekarang!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




