Ikuti Kami:

Mahu Keistimewaan VIP, Peminat Belanja Lebih RM500 Ribu Untuk Perjumpaan Peminat Kim Soohyun

Mahu Keistimewaan VIP, Peminat Belanja Lebih RM500 Ribu Untuk Perjumpaan Peminat Kim Soohyun

Peminat pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk berjumpa dengan artis kegemaran mereka, kan?

Begitu juga dengan peminat Kim Soo-hyun di Thailand, yang sanggup berbelanja banyak wang demi mendapatkan peluang untuk berjumpa dengan selebriti kesayangannya itu.

Untuk pengetahuan, pelakon yang popular dengan drama seperti “My Love from the Star” dan “It’s Okay to Not be Okay” iaitu Kim Soo-hyun, akan mengadakan acara perjumpaan bersama peminat di Bangkok, Thailand pada 2 Oktober ini.

Perjumpaan peminat ini telah dianjurkan sebagai acara pelanggan oleh Lotus, iaitu sebuah kedai pasaraya di Thailand. Ianya diadakan sebagai sebahagian daripada kempen Lotus “Gold & Lifestyle” bagi mempromosikan pelaburan dan jualan emas.

kim soohyun

Oleh itu, buat pelanggan yang membeli lebih dari 5,000 baht (RM610) emas dari kedai yang dikendalikan Lotus, mereka layak untuk memohon penyertaan dan 3,800 orang teratas berdasarkan jumlah yang dibeli, akan dijemput untuk menyertai acara perjumpaan peminat Kim Soo-hyun.

Bukan itu sahaja, 100 pembeli teratas akan dapat duduk di kerusi hadapan dalam dewan acara dan mempunyai keistimewaan VIP seperti bergambar bersama Kim Soo-hyun, menerima tandangannya dan juga barangan istimewa.

Menerusi keputusan yang dikeluarkan baru-baru ini, peminat yang memenangi No.1 dalam penyertaan ini telah berbelanja sebanyak 4.7 juta baht (RM574,290). Kemudian, peminat kedua terbanyak telah membeli emas bernilai 4 juta baht (RM488,693), bagi mempunyai peluang yang tinggi untuk berjumpa dengan pelakon kegemarannya itu. Bukan sikit tau!

kim soohyun

Nampaknya, Kim Soo-hyun telah membuktikan popularitinya di negara tersebut apabila media Thailand sendiri berkata,

Pertemuan peminat ini adalah acara yang paling mahal di antara semua pertemuan peminat bintang Hallyu.

Mesti la, Kim Soo-hyun kot!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...