Utama Drama Korea Remake Drama Popular ‘Criminal Justice’, Kim Soohyun & Cha Seungwon Sah Terajui...

Remake Drama Popular ‘Criminal Justice’, Kim Soohyun & Cha Seungwon Sah Terajui ‘That Night’

that night

Walaupun ramai bersedih kerana Kim Soo-hyun menolak tawaran drama Netflix “Finger” namun lelaki itu mempunyai perancangan yang lebih baik.

Terbaru, Kim Soo-hyun dan Cha Seung-won disahkan bakal menerajui drama “That Night” iaitu remaku daripada drama BBC “Criminal Justice”.

Drama ini mengisahkan dua lelaki yang terlibat dalam satu kes pembunuhan. Kim Soo-hyun akan membawa watak Kim Hyun-soo, seorang pelajar kolej biasa yang hidupnya berubah dalam sekelip mata apabila menjadi suspek utama kes pembunuhan. Cha Seung-won pula akan berlakon sebagai peguam bernama Shin Joong-han, seorang peguam yang melepasi peperiksan peguam ‘cukup-cukup makan’ sahaja dan merupakan satu-satunya individu yang menghulurkan bantuan kepada Hyun-soo.

that night

Khabarnya “That Night” akan memulakan penggambaran pada separuh awal tahun ini dan ditayangkan pada separuh kedua 2021 nanti.

Macam syok sahaja gandingan Kim Soo-hyun dan Cha Seung-won!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsen
Loading...