Ikuti Kami:

Mahu Hapuskan Bukti, Lelaki Ini Potong Mayat Rakan Perempuan Guna Pisau Pemotong Kertas

Mahu Hapuskan Bukti, Lelaki Ini Potong Mayat Rakan Perempuan Guna Pisau Pemotong Kertas

Tiada siapa yang sangka kawan baik sendiri akan menjadi seorang penjenayah.

Perbuatan kejam lelaki ini bukan sahaja mengejutkan kawan baiknya, malah pihak polis juga tertanya-tanya bagaimana dia boleh memotong badan manusia dengan hanya menggunakan pisau pemotong kertas.

Permulaan

Kejadian ini berlaku pada 7 Julai 2013 di Kota Seongnam. Ianya bermula apa bila dua orang sahabat baik berjanji untuk keluar jalan-jalan bersama di sekitar Seongnam. Seorang bernama Sim dan seorang lagi bernama Choi, kedua-dua remaja ini berumur 19 tahun. Mereka berdua merancang untuk menonton filem di satu tempat dipanggil ‘bilik DVD’. 

Selepas itu, Sim dan Choi berasa tidak puas keluar bersama, mereka memutuskan untuk pergi bermain snooker di sekitar bandar Seongnam. Setelah penat meluangkan waktu bersama, dua remaja ini mengambil keputusan untuk menyewa bilik di sebuah motel dan berehat di situ. Menurut sumber, mereka sampai di motel pada pukul 5 pagi dan dikatakan tidur sehingga pukul 2.40 petang. 

Apabila sedar dari tidur, Sim tiba-tiba menghubungi seorang perempuan yang dikenalinya. Perempuan itu berumur 17 tahun dan tujuan Sim menghubunginya kerana ingin mengajak untuk keluar bersama. Tanpa ragu-ragu, perempuan itu terus pergi ke motel yang diduduki Sim dan Choi. 

Pada pukul 3 petang, 8 Julai 2013, perempuan itu dikatakan sampai ke motel tersebut dan menonton beberapa rancangan TV bersama dengan Sim dan Choi. Pada pukul 5 petang, Choi tiba-tiba bangun dan berkata dia mempunyai temu janji bersama doktor. Choi bergegas keluar dari motel dan diikuti Sim yang dikatakan mahu menemani kawannya itu. Perempuan yang dikenali sebagai Kim itu ditinggalkan bersendirian di bilik motel terbabit. 

Pembunuhan

Namun Choi dan Sim berpisah kerana Sim mahu membeli barang di pasar raya berdekatan. Selepas itu, Choi terus pulang ke rumah manakala Sim dan Kim tinggal berdua di dalam bilik motel menonton TV. 

Selang beberapa minit setelah kepulangan Choi, Sim tiba-tiba mengeluarkan barang yang dibelinya di pasar raya tadi. Barang itu adalah dua jenis pemotong kertas, satu bersaiz besar dan lagi satu bersaiz kecil. Apa yang mahu dilakukannya dengan pisau pemotong terbabit? 

lelaki bunuh perempuan 17 tahun di korea

Melihat pisau tersebut, Kim berasa terkejut dan takut apabila Sim mula mengugutnya dengan alat pemotong terbabit. Semasa Kim sedang diugut, tiba-tiba mereka mendengar bunyi loceng rumah, rupa-rupanya Choi datang kembali untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam bilik tersebut. Dalam keadaan terkejut, Sim sempat mengugut Kim supaya diam sahaja kalau tidak dia akan terus dibunuh. 

Sim sangat bijak, dia terus menghulurkan telefon bimbit Choi dan tanpa berkata apa-apa Choi terus pulang ke rumah. Namun ketika itu, Kim sempat melaporkan hal ini kepada rakannya melalui aplikasi ‘Kakao Talk’. Selepas itu, berlaku pergelutan antara Kim dan Sim kerana Kim cuba melarikan diri. Tetapi usaha Kim gagal kerana Sim berjaya menghalangnya.

Tanpa berfikir panjang, Sim terus mencekik Kim sehingga perempuan berusia 17 tahun itu tidak bernyawa. Tujuan utama Sim ialah dia ingin merogol Kim. Walaupun perempuan itu sudah meninggal, Sim tetap merogol mangsa oleh kerana nafsu yang tidak dapat ditahan. 

Musnahkan bukti

Untuk melupuskan mayat mangsa, Sim mendapat idea memotong badan Kim dengan menggunakan alat pemotong kertas yang dibelinya itu. Setiap titisan darah mangsa dibersih di tandas serta tingkap di motel semua dibuka bagi memastikan tiada bau busuk. Setiap cebisan daging dan tulang mangsa dibuang di dalam almari motel terbabit. Sim mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk memotong badan Kim dan setelah selesai, Sim berusaha untuk membawa keluar sisa tulang Kim seberat 15 kilogram pulang ke rumahnya.  

Hukuman

lelaki bunuh perempuan 17 tahun di korea

Disebabkan sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah, ibu bapa Kim menghubungi pihak polis dan membuat laporan bahawa anaknya hilang. Mengetahui hal ini, Pada 9 Julai 2013, Sim menyerah diri pada pihak polis dan menceritakan hal sebenar. 

Sim dijatuhi hukuman penjara tanpa batas dan dia diwajibkan untuk memakai gelang kaki elektronik selama 30 tahun setelah keluar dari penjara. 

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...