Ikuti Kami:

Mahu Duduk Posisi Utama, Song Joongki Dituduh Tak Hormat Rakan Pelakon ‘Hopeless’?

Mahu Duduk Posisi Utama, Song Joongki Dituduh Tak Hormat Rakan Pelakon ‘Hopeless’?

Tak semena-mena, Song Joong-ki sekali lagi terpalit dengan satu kontroversi melibatkan kelakuannya.

Terbaru, Song Joong-ki dituduh cuba merebut perhatian dari pelakon lain semasa sidang media filem “Hopeless” di Festival Filem BUIL 2023.

Dalam video yang tular itu, Song Joong-ki dilihat cuba duduk di tengah barisan pelakon nakshah itu meskipun teraju utamanya ialah Hong Sa-bin. Disebabkan oleh kejadian itu, ramai yang menuduh pelakon lelaki berkenaan cuba merebut posisi utama di antara mereka.

song joongki

Pun begitu, peminat pelakon tersebut mengeluarkan bukti bagi menafikan dakwaan berkenaan. Rupanya, terdapat ‘peraturan rahsia’ dalam industri Korea di mana susunan pelakon perlu mengikut hos. Sesiapa yang berdiri lebih dekat dengan hos, dianggap sebagai orang yang penting dalam sesebuah naskhah itu.

Dalam konteks ini, Song Joong-ki sebenarnya cuba membantu Hong Sa-bin. Tambahan pula, BiBi bukan heroin utamanya, jadi pelakon lelaki itu tidak berniat untuk memisahkan hero dan heroin “Hopeless”.

Malah mereka turut menekankan mengenai kelakuan Song Joong-ki yang sentiasa menjaga rakan pelakon di acara rasmi seperti memberikan ruang buat mereka bercakap selain menolak mereka ke posisi utama.

Salah faham je..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...