Ikuti Kami:

“Bermata Besar..” – Song Joongki Tak Kisah Tayang Foto Anak

“Bermata Besar..” – Song Joongki Tak Kisah Tayang Foto Anak

Sepertinya Song Joong-ki tidak mampu menyembunyikan perasaan gembira apabila sudah menjadi ayah kini.

Dalam sebuah temubual istimewa bagi mempromosikan filem “Hwaran”, lelaki itu terus bercerita sambil tersenyum mengenai anak lelakinya yang dilahirkan Katie Louis tiga bulan lalu.

Jelasnya mengenai perubahan selepas bergelar ayah,

Bayi saya sudah melebihi usia 100 hari kini. Ini pertama kali saya dan isteri membesarkan kanak-kanak, jadi kami masih lagi dalam keadaan terpinga-pinga. Walaupun sedang melakukan hal lain, saya pasti tersedar ‘Oh, betul lah. Saya dah jadi ayah kan?

song joongki

Malah Song Joong-ki tidak berselindung dan menunjukkan video anaknya pada wartawan yang menemubual,

Nak tengok tak gambar anak saya?

Dalam video itu, bayi lelaki tersebut memiliki sepasang mata yang besar bersama kelopak mata berkembar dengan senyuman lebar. Bahkan Song Joong-ki dilihat kerap mengagah anaknya dalam bahasa Korea.

Apabila dipuji kerana membesarkan anaknya dengan bahasa Korea, katanya,

Saya selalu menyebut mengenainya bersama isteri. Saya gunakan bahasa Inggeris dan korea secara semulajadi. Tapi saya tak pandai berbahasa Inggeris lagi.

Dalam pada itu, “Hwaran” membawa kisah noir mengenai seorang pemuda yang cuba melarikan diri dari realiti berjumpa dengan seorang bos organisasi jenayah.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...