Ikuti Kami:

Mahu Bantu Golongan Berbakat, Jimin BTS Sumbang RM3 Juta Kepada Pejabat Pendidikan Korea

Mahu Bantu Golongan Berbakat, Jimin BTS Sumbang RM3 Juta Kepada Pejabat Pendidikan Korea

Ji-min BTS memberi sejumlah wang kepada badan pendidikan di Korea. Waw!

Baru-baru ini, Ji-min BTS yang memberi sumbangan wang sejumlah 100 juta won (RM 3,221,970.93) untuk memberi bantuan dari segi pendidikan di Korea. Menurut laporan, Jimin mendermakan wang tersebut kepada Pejabat Pendidikan Gangwon-do dan dia membuat sumbangan tersebut secara peribadi kerana dia tidak mahu ianya diketahui umum.

Pada awalnya, pihak Pejabat Pendidikan Gangwon-do juga cuba menafikan perkara tersebut apabila menerima panggilan daripada pihak media. jiminNamun, perkara itu akhirnya disahkan demi mengelakkan sebarang berita palsu tersebar. Pejabat Pendidikan Gangwon-do mengendalikan Yayasan Biasiswa Pendidikan Gangwon, di mana mereka membangunkan projek untuk memupuk individu berbakat daripada golongan yang kurang bernasib baik. Sumbangan Ji-min akan digunakan untuk menyokong individu berbakat yang datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Baiknya hati dia ya…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...