Ikuti Kami:

“Mahalnya..” – Dikata Cuba Kaut Keuntungan, Acara Kafe Hari Jadi Anjuran Baekhyun EXO Raih Pelbagai Reaksi

“Mahalnya..” – Dikata Cuba Kaut Keuntungan, Acara Kafe Hari Jadi Anjuran Baekhyun EXO Raih Pelbagai Reaksi

Agensi Baek-hyun, INB100 telah menganjurkan acara kafe hari jadi buat ahli EXO itu di beberapa lokasi di Seoul.

Di mana, acara tersebut telah menarik perhatian ramai netizen dan peminat. Malah, kesemua peminat yang hadir juga akan menerima kad foto terhad dan acara ini hanya menerima kira-kira 1000 pelanggan setiap hari.

Acara itu juga disambut meriah di mana ratusan peminat sudah mula beratur di hadapan kafe tersebut dari pagi untuk mendapatkan nombor. Menurut saksi, barisan itu terlalu panjang sehingga mengganggu perniagaan kedai yang lain.

Tidak berhenti di situ, netizen yang hadir turut mengkritik harga minuman dan makanan yang dihidangkan di mana ianya jauh lebih mahal berbanding kafe-kafe yang lain.

Memandangkan acara ini telah dianjurkan oleh agensi Baek-hyun sendiri, ramai yang merasakan bahawa agensi tersebut seakan ingin menjana keuntungan daripada peminat.

Komen netizen,

  • Mahalnya harga minuman mereka.
  • Kalau betul nak sambut hari jadi dengan peminat, sepatutnya dia kena beri makanan dan minuman secara percuma.
  • Dia kaut keuntungan dengan buat acara yang peminat gemar untuk pergi.
  • Peminat dia okay je, kenapa netizen yang nak melebih?
  • Okay la tu harga dia sama seperti kafe-kafe mahal yang lain.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   PannChoa

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...