Selepas keluar SM Entertainment, Baek-hyun EXO telah membuka syarikatnya sendiri untuk menguruskan aktiviti individunya.
Untuk pengetahuan, Baek-hyun telah mengasaskan syarikatnya sendiri ‘INB100’ secara rasmi, sekaligus bakal mengadakan acara pertemuan peminatnya di Seoul.
Khususnya, idola itu telah membuktikan popularitinya apabila tiket untuk acara pertemuan peminatnya ‘2024 Baekhyun Fanmeeting <Snack Party’ yang bakal berlangsung pada 20 dan 21 Januari ini, telah pun habis terjual hanya dalam masa kurang dari sehari!
Bukan sahaja teruja untuk bertemu dengan penyanyi lagu “Bambi” itu malahan, peminat turut meluahkan rasa syukur mereka kerana tiket dijual dengan harga murah iaitu 44,000 won atau bersamaan dengan RM155.
Untungnya siapa yang dapat pergi!