Ikuti Kami:

2 Ahli Buka Syarikat Sendiri, SM Entertainment Bincang Soal Aktiviti EXO Di Masa Hadapan

2 Ahli Buka Syarikat Sendiri, SM Entertainment Bincang Soal Aktiviti EXO Di Masa Hadapan

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai status kontrak EXO bersama SM Entertainment kini.

Terbaru, D.O. dan Baek-hyun diumumkan telah pun membuka agensinya sendiri bagi pengurusan aktiviti solo mereka. Kemudian Chen dan Xiumin juga akan menyertai agensi Baek-hyun.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan SM Entertainment pada 8 Januari, agensi mengesahkan meskipun ada ahli yang telah membuka syarikat sendiri, EXO akan tetap meneruskan aktiviti kumpulan seperti biasa sebagai lapan ahli.

Berikut adalah kenyataan penuh:

Semua 8 ahli EXO akan meneruskan aktiviti mereka bersama kumpulan itu di masa akan datang. Mereka merancang untuk bertemu peminat melalui pelbagai aktiviti seperti acara perjumpaan peminat yang dirancang pada April, serta muzik dan persembahan baru.

Kontrak eksklusif kami dengan ahli yang telah diperbaharui masih sah. Bagi D.O., yang kontrak eksklusifnya telah tamat, dia tetap bersetuju untuk menyertai aktiviti EXO.

Kami akan terus membincangkan jadual masa hadapan. Dalam kes Chen, Baek-hyun dan Xiumin, kami telah bersetuju bahawa artis boleh meneruskan aktiviti individu mereka secara berasingan daripada syarikat.

Selamat maju jaya buat semua ahli!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily  untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...