Merupakan seorang selebriti yang terkenal, adakah Yoo Jae-suk pernah terfikir untuk membuka syarikatnya sendiri?
Terbaru pada 11 Julai, Song Eun-yi dan Kim Sook telah tampil dalam saluran YouTube Yoo Jae-suk “DdeunDdeun”.
Dalam siaran itu, Yoo Jae-suk berkata,
Eun-yi dan Kim Sook sangat mengagumkan. Saya tidak tahu bahawa agensi awak CONTENTS LAB VIVO akan menjadi seperti ini tetapi awak berusaha keras untuk melakukannya.
Song Eun-yi bergurau,
Jika saya tahu bahawa awak akan menyertai syarikat kecil seperti Antenna, saya akan memegang awak dengan kuat.
Respon pengacara popular itu,
Saya mempunyai beberapa tahun lagi dengan Antenna dan saya tidak berhasrat untuk membuka syarikat. Ia seolah-olah tidak sesuai dengan personaliti saya. Aktiviti dan pengurusan hiburan adalah bidang yang berbeza. Tetapi Eun-yi pandai dalam hal itu kerana orang yang teliti pandai melakukannya.
Kalau Yoo Jae-suk buka agensi sendiri, mesti ramai berebut nak masuk!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily