Ikuti Kami:

“Macam ‘Stalker’..” – Netizen Tuduh Han Sohee Cuba Tumpang Populariti Song Hyekyo?

“Macam ‘Stalker’..” – Netizen Tuduh Han Sohee Cuba Tumpang Populariti Song Hyekyo?

Kita mestilah akan tunjuk rasa sayang buat orang yang diidolakan kan? Tapi kenapa Han So-hee dikritik pula bila melakukan hal yang sama?

Seorang netizen memuat naik entri meluahkan perasaan meluat buat pelakon wanita itu kerana dikatakan suka ‘menempel’ pada Song Hye-kyo.

Baru-baru ini, Han So-hee telah memuat naik foto Song Hye-kyo di Instagram. Dia dilihat menambah namanya dan menyunting foto itu bagi memaparkan kononnya Song Hye-kyo memegang telefon bimbit dengan wajahnya.

han sohee song hyekyo

Kata netizen itu,

Agak berlebihan apabila dia menyunting gambar seperti itu. Sepertinya dia hanya berlakon seperti peminat Song Hye-kyo. Song Hye-kyo popular baru-baru ini kerana kepopularitian ‘The Glory’, jadi Han So-hee cuba berpura-pura rapat dengannya.

Balas netizen lain menyelar tuduhan itu,

Apa masalahnya? Dia hanya meluahkan perasaan sebagai seorang junior dan peminat yang menyukai Song Hye-kyo. Tak ada masalah kan? Bukan ke awak buat yang sama pada selebriti kegemaran?

 

Sepertinya awak tak tengok komen dan emoji hati yang ditinggalkan Song Hye-kyo di Instagram Han So-hee. Mereka rapatlah…

 

Saya pun rasa macam dia ‘stalker’. Agak melebih gayanya ini…

Ini pun jadi isu ke..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...