Ikuti Kami:

“Saya Harap Tiada Siapa Terluka..” – Han Sohee Mohon Maaf

“Saya Harap Tiada Siapa Terluka..” – Han Sohee Mohon Maaf

Tidak dinafikan bahawa Han So-hee memiliki hati yang baik dan sentiasa menjaga peminatnya.

Terbaru, pelakon wanita itu baru sahaja mendarat di Seoul selepas menghadiri acara Dior di Los Angeles bersama Cha Eun-woo baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, sejurus selepas itu, Han So-hee dilihat memuat naik permohonan maaf di Instagram Story,

Mintaa maaf jika saya tak mengambil surat. Saya akan pastikan saya ambil lain kali. Saya sangat sibuk hingga tak dapat menyapa semua. Saya minta maaf. Terima kasih kerana menyambut saya pada waktu yang lewat. Selamat pulang semuanya. Terima kasih dan jumpa lagi nanti. Saya harap tiada siapa terluka.

han sohee

Dalam pada itu, Han So-hee bakal bergandingan bersama Park Seo-jun di dalam siri Netflix “Gyeongseong Creature”.

Patutlah ramai sayang Han So-hee..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...