Ikuti Kami:

“Macam Snape” – Imej Rambut Panjang Dipermainkan, Lee Kwangsoo Tak Mampu Kawal Reaksi Muka?

“Macam Snape” – Imej Rambut Panjang Dipermainkan, Lee Kwangsoo Tak Mampu Kawal Reaksi Muka?

Walaupun sudah jarang muncul dalam rancangan hiburan kini, namun Lee Kwang-soo pastinya akan meninggalkan kesan pada setiap kemunculannya.

Terbaru, lelaki itu berserta Yoo Jae-suk dan Yuri Girls’ Generation telah menyertai satu siaran langsung bagi mempromosikan musim kedua program Disney+ “The Zone: Survival Mission”.

Dalam siaran pendek itu, mereka sempat bermain sedikit permainan selain berinteraksi bersama peminat secara maya. Antara yang menjadi ‘highlight’ kepada episod itu ialah apabila ramai membandingkan imej Lee Kwang-soo kini dengan pelbagai watak dan selebriti lain.

Karakter yang disebut sama dengan lelaki itu dek rambut panjangnya ialah patung Moai, Jesus, Javier Bardem, dan ramai lagi.

Bukan itu sahaja, penonton turut mengusik seluarnya yang kelihatan terangkat.

Seluar saya tak pendek, tapi ia kelihatan begitu kerana saya sedang duduk.

Yoo Jae-suk dan Yuri kemudiannya ketawa besar apabila ada yang menulis bahawa Lee Kwang-soo kelihatan seiras seperti Profesor Snape dalam siri ‘Harry Potter’. Mendengarkan hal itu, lelaki tinggi lampai berkenaan tidak dapat menahan reaksi wajahnya dan terus memegang muka bagi tidak berkata apa-apa.

yoo jaesuk lee kwangsoo

Rata-rata penonton juga dilihat bersetuju dengan kenyataan itu dan turut tertawa bersama dua yang lain.

Dalam pada itu, Yoo Jae-suk mendedahkan bahawa Lee Kwang-soo sedang sibuk dengan penggambaran naskhah baru kini. Disebabkan itu, dia menyimpan rambut panjang bagi menjayakan watak berkenaan.

Bila je Lee Kwang-soo tak kena usik?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...