Ikuti Kami:

“Macam Sama Je” – ‘Alchemy Of Souls’ Dituduh Tiru Drama China ‘Ever Night’?

“Macam Sama Je” – ‘Alchemy Of Souls’ Dituduh Tiru Drama China ‘Ever Night’?

Baru sahaja ditayangkan, “Alchemy Of Souls” tiba-tiba terpalit kontroversi dek babak pertempuran yang dipaparkannya.

Selepas bersiaran 2 episod, drama tvN itu dikatakan seakan sama dengan drama bersejarah China bertajuk “Ever Night”.

Dalam sebuah entri yang dimuat naik di laman komuniti, seorang individu telah membandingkan satu babak pertempuran antara Nak-su (Go Yun-jung) dan Park Jin (Yoo Jun-sang) yang berlaku di atas ais.

Sebelum ini, “Ever Night” pernah memaparkan babak perlawanan di antara musuh di atas ais juga. Kata penonton,

Gaya pengarahan seakan sama.

tvn alchemy of souls

Kongsi netizen lain,

Ianya nampak sama kerana mereka berada di atas ais.

 

Kalau mereka tak puas hati, pasti kenyataan akan dikeluarkan.

 

Biasalah seni pertahankan diri seperti itu.

Untuk pengetahuan, “Alchemy Of Souls” ialah drama percintaan fantasi yang berlangsung di negara Daeho fiksyen, sebuah negara yang tidak wujud dalam sejarah atau di peta. Cerita ini mengikuti watak utama yang nasibnya menjadi berpintal kerana sihir yang menukar jiwa orang.

Dalam episod awal ini, ianya merekodkan rating yang memuaskan iaitu 5.9% iaitu satu angka baik buat drama baru.

Tersama kot..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...