Ikuti Kami:

Efek Grafik & Plot Dipuji, Episod Awal ‘Alchemy Of Souls’ Raih Rating Memuaskan

Efek Grafik & Plot Dipuji, Episod Awal ‘Alchemy Of Souls’ Raih Rating Memuaskan

Setelah lama dinantikan, akhirnya drama fantasi garapan Hong Sisters iaitu “Alchemy Of Souls” telah pun menyapa penonton pada minggu lalu.

Sinopsis

Drama percintaan fantasi yang berlangsung di negara Daeho fiksyen, sebuah negara yang tidak wujud dalam sejarah atau di peta. Cerita ini mengikuti watak utama yang nasibnya menjadi berpintal kerana sihir yang menukar jiwa orang.

Awal menarik

[Amaran SPOILER]

Kisah bermula apabila Nak-su (Go Yoon-jung), seorang wanita pembunuh telah dikejar dan tercedera dalam satu pertempuran. Tanpa sengaja, nyawanya telah tertukar dengan seorang gadis buta iaitu Mu-deok (Jung So-min) yang bakal dijual di sebuah rumah pelacuran.

tvn alchemy of souls

Dia kemudiannya ditangkap oleh pengawal keluarga Jang semasa cuba menjual satu plag. Malah Mu-deok dibeli oleh anak lelaki keluarga itu, Jang Uk (Lee Jae-wook) untuk menjadi orang suruhannya.

Dalam pada itu, Mu-deok tidak dapat melawan arahan tersebut dan menurut sahaja meskipun dalam masa yang sama, cuba mencari jalan untuk kembali ke badan asalnya.

Rating memuaskan

Untuk episod awal ini, “Alchemy Of Souls” meraih rating memuaskan iaitu 5.2% untuk episod awal sebelum meningkat ke 5.9% ketika episod seterusnya.

tvn alchemy of souls

Dalam pada itu, rata-rata penonton memuji plot drama ini yang pantas dan tidak meleret selain berpuas hati dengan efek grafik (CGI) yang digunakan.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...