Siapa sangka, netizen akan dapat lihat interaksi antara dua selebriti ternama iaitu Song Hye-kyo dan Jennie BLACKPINK.
Terbaru pada 2 Mei, Met Gala 2023 iaitu salah satu acara malam terbesar fesyen telah berlangsung di New York, dengan tema “Karl Lagerfeld: A Line Of Beauty” bagi menghormati mendiang pereka fesyen Jerman, yang berkhidmat sebagai pengarah kreatif Chanel dari tahun 1983.
Menarik perhatian peminat, acara tersebut turut dihadiri selebriti Korea Selatan seperti Jennie sebagai duta Chanel dan juga Song Hye-kyo sebagai duta Fendi.
Jennie and Song Hyekyo at the Met Gala ♥️ pic.twitter.com/Bjou2L053r
— 젠바🌹♥️ (@blackpinkbabo) May 2, 2023
Beberapa jam selepas Met Gala bermula, netizen semakin teruja apabila melihat interaksi antara dua wanita hebat itu, dalam satu swafoto yang dimuat naik oleh salah seorang stylist mereka.
Antara reaksi netizen selepas melihat foto tersebut:
Saya tak sangka akan dapat lihat Song Hye-kyo dan Jennie dalam satu foto 😭
Song Hye-kyo nampak muda sama seperti Jennie!
Adakah saya sedang bermimpi sekarang? Mereka berdua kelihatan sangat cantik!
Dua wanita kebanggaan Korea Selatan bergabung!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉