Ikuti Kami:

“Macam Park Yeonjin” – Jarang Di Bahagian Dada, Lim Jiyeon Tampil Seksi Dalam Foto Baru

“Macam Park Yeonjin” – Jarang Di Bahagian Dada, Lim Jiyeon Tampil Seksi Dalam Foto Baru

Selepas muncul dalam “The Glory”, pelakon Lim Ji-yeon semakin menjadi bualan ramai kini.

Baru-baru ini, Lim Ji-yeon telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual untuk majalah Vogue Korea edisi Februari.

Menerusi foto yang dikongsi agensi pelakon itu, Lim Ji-yeon memaparkan daya tarikan yang pelbagai dan sedikit berbeza dari konsep yang pernah ditunjukkannya sebelum ini.

Menarik perhatian, pelakon wanita itu turut menggayakan pakaian yang seksi menampakkan dada dan perutnya.

Dengan gaya rambut lurus panjang dan bibir merah, Lim Ji-yeon telah menonjolkan aura uniknya dengan ekspresi yang penuh karisma, seperti wataknya dalam “The Glory”.

Untuk pengetahuan, Lim Ji-yeon memainkan watak jahat sebagai Park Yeon-jin dalam “The Glory” dan telah menerima respon positif dari penonton.

Nantikan bahagian 2 drama tersebut bakal disiarkan pada 10 Mac ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...