Ikuti Kami:

“Macam Nak Cepat Habis Je” – Penonton Pilih 5 K-Drama Ini Dengan Plot Twist Paling Teruk!

“Macam Nak Cepat Habis Je” – Penonton Pilih 5 K-Drama Ini Dengan Plot Twist Paling Teruk!

Plot twist dalam K-Drama boleh menjadikan naskhah itu lebih menarik atau membosankan.

Menerusi laman Reddit, penonton telah berkongsi dan membincangkan antara K-Drama dengan plot twist yang mengecewekan.

What’s Wrong With Secretary Kim

what's wrong with secretary kim

Untuk pengetahuan, drama ini mengikuti seorang naib pengerusi syarikat, yang jatuh cinta dengan setiausahanya yang telah 9 tahun bekerja dengannya.

Bagaimanapun plot twist mengenai watak utama yang sebenarnya mengalami gangguan tekanan selepas trauma (PTSD) adalah dipercayai tidak perlu.

Flower Of Evil

flower of evil

Bagi yang belum tahu, “Flower of Evil” mengisahkan tentang seorang detektif yang menyiasat tentang beberapa kes pembunuhan dan mendapati suaminya menyembunyikan sesuatu daripadanya.

Meskipun menerima pujian, plot twist di hujung episod di mana Do Hyun-soo (Lee Jun-ki) mengalami amnesia adalah didakwa sebagai tidak perlu dan membuatkan pengakhirannya seperti tergesa-gesa.

Penthouse (Musim 1-3)

penthouse

Kalau cakap pasal K-Drama yang akan buat korang bengang, “Penthouse” pastinya tidak akan terkecuali!

Dengan 3 musim yang ditayangkan, beberapa penonton percaya bahawa plot seperti kematian palsu hingga doppelganger, adalah tidak masuk akal.

Do Do Sol Sol La La Sol

Do Do Sol Sol La La Sol

“Do Do Sol Sol La La Sol” ialah drama komedi romantik tentang seorang pemain piano yang tidak berduit dan pemain sambilan yang datang dalam kehidupannya secara tiba-tiba.

Bagi sesetengah penonton, drama ini amat mengecewakan dengan plot penyakit yang membawa maut, pendedahan jurang umur dan keputusan watak utama lelaki untuk memalsukan kematiannya sendiri selama 5 tahun.

Because This Is My First Life

because this is my first life

Drama yang diterajui Lee Min-ki dan Jung So-min ini mengikuti seorang pekerja IT dan seorang penulis, yang bersetuju untuk berkahwin namun berdepan dengan pelbagai masalah.

Meskipun akhirnya kekal bahagia bersama, plot berpisah secara tiba-tiba, tidak berkomunikasi dan pelbagai lagi telah membuatkan sesetengah penonton berasa bosan.

Haa korang setuju tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...