Penampilan terkini Son Na-eun telah menjadi perbualan ramai.
Tular di komuniti atas talian di Korea selepas seorang pengguna memuat naik gambar terkini Son Na-eun dan membandingkannya dengan gambarnya yang sebelum ini.
Di mana, rata-rata peminat telah mendapati bahawa terdapat banyak perubahan yang ketara di wajah bekas ahli APINK tersebut. Malah, segelintir peminat juga turut menyatakan bahawa mereka tidak menyedari bahawa gambar tersebut merupakan gambar Son Na-eun.
View this post on Instagram
Perkara ini sekaligus telah menguatkan lagi dakwaan yang mengatakan bahawa penyanyi serta pelakon tersebut telah menjalani pembedahan plastik di wajahnya.
Antara komen netizen mengenai penampilan terkini Na-eun ialah,
Dia nampak berbeza setiap kali saya lihat foto dia.
Saya ingatkan ni pelakon lain?
Kenapa mulut dia nampak seperti mulut BoA dalam ‘Marry My Husband’?
Dia pakai pendakap gigi ke?
Bila tengok nama baru saya tahu yang ni Na-eun, kenapa muka dia lain?
Ramai betul yang buat pembedahan plastik sekarang ni.
Kenapa mulut dia macam tu?
Apa pendapat korang pula?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.