Ikuti Kami:

“Nampak Murah..” – Dituduh Buat Pembedahan Plastik, Penampilan Terkini Joy RED VELVET Dikritik

“Nampak Murah..” – Dituduh Buat Pembedahan Plastik, Penampilan Terkini Joy RED VELVET Dikritik

Perubahan visual Joy RED VELVET telah menjadi perbincangan netizen di media sosial.

Sejak dari awal tahun ini, netizen telah merasakan bahawa Joy telah menjalani pembedahan plastik di matanya selepas mereka mendapati bahawa kelopak mata penyanyi tersebut jadi lebih tebal berbanding sebelum ini.

Malah, sangkaan itu jadi semakin kuat selepas gambar terkini ahli RED VELVET itu dikongsi di media sosial. Di mana, rata-rata netizen telah mengkritik penampilan terkini penyanyi tersebut serta meluahkan rasa tidak puas hati terhadap visual terbaru Joy.

Mereka turut menyatakan bahawa penampilannya yang sekarang telah membuatkan ahli RED VELVET itu kehilangan kecantikan unik yang dia miliki sebelum ini.

joy-red-velvet

Antara komen netizen mengenai penampilan baru Joy ialah,

Dia nampak macam pempengaruh Cina yang baru sahaja lepas buat pembedahan plastik.

 

Dia buat dekat tempat yang sama dengan BoA ke?

 

SM dah kena tukar pakar pembedahan plastik mereka.

 

Dia nampak lagi cantik sebelum ini.

 

Sekarang dia nampak murah seperti gadi-gadis TikTok yang buat pembedahan plastik.

Apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...