Ikuti Kami:

“Macam Moon Gayoung” – Netizen Tuduh Rosé BLACKPINK Jalani Pembedahan Plastik

“Macam Moon Gayoung” – Netizen Tuduh Rosé BLACKPINK Jalani Pembedahan Plastik

Semua mengakui bahawa setiap anggota BLACKPINK memiliki keunikan tersendiri kan?

Antara dari mereka yang sering mendapat pujian kerana wajah yang menawan ialah Rosé. Terbaru, idola tersebut dilihat menghadiri acara Tiffany & Co. di Jepun dan menerima perhatian ramai.

Tampil dengan dress hitam beropol, walau bagaimanapun ramai tertancap dengan wajahnya yang kelihatan sedikit lain. Eh? Katanya, mereka perasan garisan pada kelopak mata Rosé kelihatan lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Malah ramai yang membandingkan perbezaan bentuk mata wanita itu dengan foto yang diambil untuk kempen Sulhwasoo baru-baru ini. Lantas sangat jelas kelihatan perbezaan kedudukan garis kelopak matanya kini dan ramai menebak Rosé mungkin melalui prosedur pembedahan pada matanya.

rosé

Komen netizen,

  • Huh, dia buat matanya ke?
  • Adakah mungkin gaya solekan yang berubah?
  • Sama sahaja wajahnya dalam foto lain.. tak boleh nak kata wajahnya berubah hanya dengan satu gambar sahaja.
  • Apa yang berubah? Apa yang lain?
  • Dia guna pelekat kelopak mata kot..
  • Macam Moon Ga-young..
  • Terkejut..

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...