Baru-baru ini, Han Ga-in telah membuat pengakuan mengejut tentang cara pemakanannya.
Dalam episod terbaru program “Europe Outside Your Tent”, semua ahli termasuk Han Ga-in sedang menikmati makan tengah hari iaitu ramen dan kimchi bawang hijau.
Ketika sedang makan, dia mengejutkan ahli dengan mengaku,
Saya jarang makan ramen. Tidak pernah. Ramen sebenarnya bukan makanan saya. Saya mungkin telah memakannya kira-kira 10 kali sahaja dalam hidup saya.
Terkejut mendengar pengakuan wanita itu, Jo Bo-ah terus bertanya tentang cara pemakanannya sepanjang hayat. Jawab Han Ga-in,
Begitulah cara saya sejak muda. Saya mungkin hanya pernah minum kira-kira 4 tin Coca-Cola dalam hidup saya dan minuman berkabonat. Saya lebih suka minum soju.
Komen netizen,
Saya tidak percaya orang Korea boleh hidup seperti itu..
Saya rasa saya dah makan lebih kurang 10 pek ramen dalam bulan ni sahaja.
Ramen buat saya terkejut sebenarnya. Saya boleh hidup tanpa minuman berkarbonat tetapi ramen…omg.
Memang patut dicontohi gaya hidup sihat Han Ga-in ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.